INFO ASAS : JANGAN BIARKAN POLISI LAPSE

JANGAN BIARKAN POLISI LAPSE



Ini adalah contoh senarai polisi berstatus 'LAPSE"


1. Polisi LAPSE ni dalam istilah mudah nak faham polisi tersebut sudah LUPUT dan tidak boleh digunakan lagi. Jika berlaku kematian, kemasukan ke hospital atau apa apa musibah pun tiada sebarang pampasan atau manfaat yang akan dibayar atau tidak layak untuk dituntut. Jadi pastikan polisi tidak "LAPSE"

2. Ada beberapa perkara yang menyebabkan polisi itu LAPSE. Ia bergantung kepada TERM AND CONDITION (T&C) yang ada dalam polisi. Investment-Link Policy, Endowment Policy, Term Policy, Stand-Alone Policy, Life Annuity Policy dan macam macam lagi masing masing mempunyai T&C yang berbeza. Yang menyebabkan ia LAPSE ialah berkaitan bayaran PREMIUM. Premium tak bayar dalam masa 30 hari dari tarikh sepatutnya bayar memang polisi boleh lapse. 

3. Ada polisi yang mana premium mesti dibayar pada sekian tarikh dan diberi tempoh tertentu untuk selesaikan bayaran. Contohnya bayaran mesti dibuat pada setiap 1hb setiap bulan dan mesti diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh sepatutnya dibayar. Jika selepas tempoh 30 hari tersebut masih tiada bayaran diterima, maka pada hari ke 31 sepatutnya dibayar, polisi akan LAPSE secara automatik.

4. Ada juga T&C polisi menggunakan syarat yang sama seperti no. 3 di atas dan ditambah dengan syarat tambahan yang mana pada hari ke 31 polisi tidak lapse. Polisi ini biasanya bergantung kepada nilai Cash Value yang ada. Yang ini biasanya polisi yang ada berkaitan dengan pelaburan. Tapi dia bukanlah 100% investment. 

Cash value ni biasa orang sebut sebagai simpanan tu. 
Contohnya pada hari ke 31 masih tiada bayaran, hayat polisi insurans itu untuk terus aktif atau lapse bergantung kepada nilai semasa cash value yang ada. Jika cash value cukup untuk menampung caj caj insurans yang ada, maka polisi tidak akan lapse. Sebab itu tidak hairan jika ada polisi yang tertunggak sampai 12 bulan, polisi masih AKTIF(INFORCE) dan tidak lapse lagi. Tapi nilai cash value akan susut. Jangan la nak mengamuk bila tengok ' Apa simpanan (Cash Value) ada 2 ringgit je'. 😂😂😂


5. Apa apa pun boleh rujuk kepada term & condition polisi masing masing. Macam saya kata tadi,Investment-Link Policy, Endowment Policy, Term Policy, Stand-Alone Policy, Life Annuity Policy dan macam macam lagi masing masing mempunyai T&C yang berbeza.

6. Lepas LAPSE polisi tak berguna lagi, boleh aktifkan semula ke? Ya Boleh aktifkan semula dalam tempoh tempoh tertentu dengan syarat tertentu. Biasanya bila aktifkan semula ni akan ada pertambahan syarat pengecualian bergantung kepada sejarah klaim pelanggan tersebut.

Contohnya, pengaktifan semula polisi boleh dibuat dalam masa 6 bulan dari tarikh polisi LAPSE dengan bayaran minimum 1 bulan sahaja. Itu contoh je.


7. Bila polisi yang LAPSE tadi sudah berjaya diaktifkan semula, bukan boleh guna terus. Sebab manusia ni memang suka ambil kesempatan. Hari ini sakit, esok aktifkan semula polisi, lepas tu lusa dah nak masuk hospital. Memang tak dapat la. Biasanya bila sudah diaktifkan semula pastinya akan ada 'WAITING PERIOD' tambahan. Mungkin waiting period 30 hari. maksudnya lepas 30 hari tu baru boleh guna Insurans. Apa apa pun rujuk T&C polisi.

8. Polisi dah ambil bertahun tahun, lepas tu lapse sebab tak bayar dan tak pernah klaim. Lebih baik amik polisi baru. Ikut suka la. Tapi kena ingat ambil Insurans yang baru, premium pun tak akan sama dengan yang lama dan manfaat pun mungkin berbeza. Premium dikira berdasarkan umur, pekerjaan, status merokok, jantina dan silap silap ada LOADING sebab ada medical history. Waiting Period baru 120 hari terpakai.

9. Policy sudah aktif semula, yeayyyy. Bukan happy macam tu. Lepas tu jaga la polisi baik baik. Jaga payment jangan sangkut dah. bukan semua orang layak mohon insurans ini. Hanya insan insan terpilih je layak ada polisi. Ada orang mohon 2 3 syarikat insurans kene REJECT. Ada orang sampai maki hamun ejen sebab polisi lapse. Pun ada.

10. Polisi bila lapse ni, ia memberi kesan juga kepada ejen. Sebab ejen pun ada track record yang nak kena jaga demi kelansungan servis sebagai ejen. Kami panggil Persistency. Bila ada polisi lapse atau tak berbayar ni persistency akan jatuh, Bila jatuh ejen kena fikir cari jalan nak cover balik. Silap hari bulan boleh kena terminate. Sebab itu yang saya pernah diceritakan sendiri ada ejen sehingga terpaksa mengeluarkan simpanan yang ada demi nak menjaga persistency ni. Bukan sikit. Itu lah business risk. hahaha

Di harap dengan perkogsian ini, jika dah ada polisi Takaful Insurans tu jaga la baik baik. 

Kalau yang tak ada lagi Takaful Insurans tu boleh Klik Di Sini untuk dapatkan lagi info. 



Banyak lagi info lain berkaitan Takaful Insurans klik sahaja.